Frequently Asked Questions
Soalan lazim tentang penghantaran, produk, pembayaran & pemulangan. Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami di +60 19-592 0997.
Kami dispatch dalam masa 24 jam (hari bekerja). Semenanjung Malaysia 2–4 hari bekerja, Sabah/Sarawak/Labuan 3–7 hari bekerja selepas dihantar, melalui J&T Express.
Ya — penghantaran PERCUMA untuk pesanan melebihi RM 150. Di bawah itu, kadar rata dikenakan di checkout.
Nombor tracking dihantar melalui email/WhatsApp selepas dispatch. Anda juga boleh semak di halaman Track Order.
Ya — formulasi kami menggunakan bahan mesra halal, dihasilkan di Malaysia dan bebas paraben.
Setiap wangian hadir dalam satu saiz — 30ml Eau de Parfum.
Bergantung pada scent. Setiap halaman produk menunjukkan penunjuk Longevity & Sillage untuk panduan.
Beli mana-mana 2 botol dengan harga RM 100 sahaja (campur & padan) — jimat RM 32. Diskaun dikira automatik di cart.
FPX online banking, Visa/Mastercard, Touch ’n Go eWallet, dan GrabPay — semua diproses secara selamat.
Atas sebab kebersihan, wangian yang telah dibuka tidak boleh dipulangkan. Jika parcel rosak atau salah item, hubungi kami dalam 48 jam dengan video unboxing — lihat Shipping & Returns.